Click here for Myspace Layouts

Pages

Monday, February 25, 2013

TUGASAN 4 – PENDIDIKAN SENI VISUAL (2013)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

SITUASI
sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untuk dipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya

TUGASAN
Anda kehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yang menggunakan gabungan teknik lukis ikat dan celup

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut :

1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal
2. koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham
3. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan
4. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan
5. lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan
6. kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan
7. lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik
8. ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar
9. lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan
10. lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan

No comments:

Post a Comment