Click here for Myspace Layouts

Pages

Sunday, December 30, 2012

kenapa tak boleh ?

aku bukan patung, bukan..
aku bukan barang perhiasan..
malah aku bukan barang permainan..

aku manusia..
hanya manusia biasa yang mempunyai jasad dan roh
aku perlukan sedikit perhatian.. sikit pun jadi lah
aku perlukan sokongan..

aku tak bisa ubati diri aku sendiri..
aku juga tak bisa bercakap kerana.. aku tak tahu apa yang hendak di cakapkan
aku sunyi.. terasa kosong di jiwa

aku tak layak mempersoalkan kenapa semua ini terjadi
kerana aku hanyalah seorang hamba
seorang hamba yang sedang di uji tahap kesabaran, kesetiaan, ketabahan dalam harungi  dugaan sebegini

aku bukanlah seorang perempuan yang tabah,
aku akan jatuh saat tersungkur
aku tak kuat untuk berdiri sendiri
aku bukanlah seorang yang setia,
kerana setiap manusia mempunyai hati yang berubah-berubah
aku bukanlah seorang yang penyabar,
kerana aku lebih gemar membuat keputusan melulu..

apa yang diperlukan di sini hanyalah kejujuran, ketabahan dan keikhlasan dalam harungi semua ini..
jangan diamkan diri, tolonglah bangkit, tolong jangan gantungkan semua ini..
aku tak mampu, aku tak kuat, aku akan jatuh, bangkitkan aku..
tolong terangkan semuanya.. aku mohon..

hati

hati yang semalam adalah hati yang mencintai , hati yang menyayangi dan hati yang merindui..
hati yang hari ini adalah hati yang tercalar , hati yang terluka dan hati yang berdarah..
namun , hati yang esok adalah hati yang terubat dan hati yang bersedia menempuhi semula episod hati yang semalam


debu suci

kehidupan selalu menemukan kita dengan berbagai keadaan yang berbeza, suka dan duka, pahit atau manis..namun salah satu pemberian terbesar yang kita terima dalam kehidupan adalah sebuah cinta suci

cuma mampu bermimpi

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan , pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi . Carilah sesuatu yang membahagiakan dan jadilah seperti yang kamu inginkan , kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan dan dapatkan .

Friday, December 28, 2012

cengeng

cengeng , hooo :O apa itu cengeng ? cengeng itu adalah seseorang yang mudah menangis :p hew ok fine memang aku ni si cengeng bahkan kalau harta benda aku rosak pun aku akan nangis . HA HA HA ok gelak la gelak la . memang aku suka pun *buat muka merajuk* tah la kenapa aku rasa macam tu , kalau ada benda tak kena ja automatically air mata aku turun walaupun sikit walaupun hanya bertakung . aku pun tak faham kenapa . sebab tu la ramai cakap aku si cengeng . nangis nangis nangis , tu ja keja . tapi aku tak kisah pun orang cakap aku macam tu , sebab tu diri aku . tiada apa yang boleh di ubah . aku try untuk berubah jadi kuat tapi last-last tak jadi juga . aku try lah macam mana pun tetap sama saja . ia lah macam kita nak ajar anak ketam jalan lurus , try la tengok . boleh ka ? haaa , macam tu lah sifat manusia ni pun . Tuhan sempurnakan kita , tapi kita selalu tak syukur . kita selalu buruk-burukkan sifat hamba Nya yang lain . aku bercakap bukan tentang sesiapa malah diri aku sendiri pun lebih kurang sama ja . kita tiada beza , hanyalah akal dan cara pemikiran kita yang dapat membezakan setiap manusia . 


bukan barang permainan

tak semua benda yang kita mahukan dalam hidup ni kita akan dapat dengan senang . ya memang aku akui , aku akan dapatkan apa yang aku nak , aku tak kira apa pun yang berlaku tapi itu akhirnya memakan diri :')

kita dah cuba sedaya mampu , tapi tetap tak dapat hasilnya . itu sangatlah perih . mungkin bukan takdir kita , tapi kenapa ? waktu aku lagi membukakan pintu hatiku untuk orang yang selama ini ku suka ada sajalah . ya aku tahu , ini dugaan . tapi kenapa serumit ini . ini soal keluarga , bukan soal main - main . restu keluarga lebih penting daripada segala-galanya . selepas apa yang aku lakukan , aku yakin pada diri sendiri . kejujuran adalah benda yang paling penting dalam kehidupan kita .

Thursday, December 27, 2012

jangan menyesal ;)

Kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat seakan hidup ini tak ada ertinya lagi.. syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik.. tak ada manusia yang terlahir sempurna jangan kau sesali segala yang telah terjadi.. tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa.. 


Tuesday, December 25, 2012

kini sesal dulu tak pernah

kita mesti pernah sesekali tu menyesal tinggalkan orang yang sayang kita untuk orang yg kita suka . taa daaa ~ dah beribu kali kott aku ckp benda ni , haha malah dunia ni tetap sama . kehidupan masing2 sama , tiada yang membezakan kehidupan kita . malah kadang-kadang tu kita mempunyai perasaan yang sama atau mungkin nasib yang sama :) mcm sorang budak ni :) dia tinggalkan PAA untuk BD yg dia suka , walhal si PAA ni syg sgt dekat dia , PAA sanggup buat apa saja demi dia tapi di sebabkan kehendak dia ingin memiliki BD memaksa dia untuk tinggalkan PAA . PAA tak sanggup tapi PAA terpaksa lepas kan dia untuk lihat dia gembira bahagia . iya lah , walaupun budak ni tak jaga hati PAA tapi PAA tetap sayang dia . walaupun PAA sering disakitkan hatinya malah PAA tetap bersabar demi bersama budak ni . PAA adalah terbaik untuk dia tapi dia sia-siakan untuk orang yang DIA SUKA tapi orang yang dia suka tu ? tak setia pulak dengan dia . itulah hukum karma sayang ;) apa yang kita buat dekat orang akan jadi balik dekat kita . dunia ini berpusing bagaikan roda , kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita dibawah . yang selalu berada di atas akan jatuh kebawah jugak :) better kita jujur dengan diri kita dan orang sekeliling kita . awak pcaya cakap saya , sekali hati kita bersuara itu adalah yang terbaik . kalau itu yang hati awak cakap buat kali pertamanya , itulah yang patut awak buat  jangan pernah paksa diri awak . hati selalu benar sygg , hati tak dapat bohong kita syggg . saya perlukan banyak masa untuk berfikir tentang semua ni :') ok , sampai sinilah dulu ya ? nanti kalau diberi izin lagi saya post lah tentang hidupan yang saya alami ;) assalamualaikum semua

suatu kesilapan masa lalu

setiap manusia pernah melakukan kesilapan , right ? jgn bohong ! haha XD tak kiralah kesilapan dia besar ka kecil ka , dia mungkin akan menyesal melakukannya . mungkin ok ;) aku pun pernah buat silap . banyak sangat , tak terkira . aku asyik senyum seorang diri bila fikirkan tentang kesalahan aku . memang itu masa lalu , tapi boleh aku terfikir dengan semua tu ;) hey , aku bukan buat benda yg bukan2 ok tapi adalah something tu *biarlah rahsia* hoho . kita jadikan kesilapan masa lalu itu adalah pengalaman yg tak mungkin utk kita lakukan kembali . hadapi dunia ini dengan hati yg terbuka , senyum selagi boleh ;) dengan berkata *SAYA BOLEH* yeyyy ~

Sunday, December 23, 2012

Cinta Vlog Full Movie - Wawa Zainal & Aliff Aziz

semua orang mesti tengok ni XD haha , serious lawak , romantik dan best lah . mula-mula aku tengok macam bosan ja dalam otak aku just cakap alahh tengok ja la kan dah bosan XD tapi time tengah-tengah movie ni sampai last , memang best laa . aliff aziz pun apa kurangnya pandai ja belakon *bagi aku la* sesuai pula dengan wawa zainal ;) apa-apa pun semua tengok lah cerita ni . memang best :)





amoi meyh

silap oh silap

kalau sekali kita buat silap, ia memberi kesan kepada kita sepanjang kehidupan kita.. malah kesilapan itu bukanlah menjadi penghalang untuk kita bangkit kembali kerana, kita belajar daripada kesilapan.. dengan usaha dan tujuan yang betul mesti kita akan berjaya, kalau kita gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya kan :')


jom dengar lagu ni , best jugak :)



Saturday, December 22, 2012

maafkan lah tak mengapa

Bukannya ku menyakitimu
Aku manusia tak luput dari salah
Ku mengerti kini kau terluka
Aku hancurkan impian kita

Andainya kau fahami
Tapi bagimu tiada erti


Haruskah kutinggalkan segala
Atau ku pergi entah kemana
Agar kau tak pernah merasa
Akhirku selalu membawa luka

Kumohon kau untuk lupakan semua
Anggap aku tak pernah ada
Dihidupmu yang penuh cinta
Sudahlah sudah aku pun luka

Maafkan ku melupakanmu
Maafkan aku yang telah tak setia
Walaupun kau telah membenciku
Kusimpan setiamu dihatiku

Andainya kau fahami
Tapi bagimu tiada erti

; andai orang lain dapat tahu apa isi hatiku :')


Friday, December 21, 2012

ego is killing me

ya , seperti sedia maklum , EGO IS KILLING ME . me di situ adalah kita ~ kita , kita semua.. us.. haha..
kadang-kadang kita perlu la jugak ego dalam diri kita untuk sesetengah perkara.. sebab apa ? haha . ikut keadaan la.. kalau setiap perkara nak ego tak boleh jugak..

kita kena fikir tentang diri kita sama.. untuk lihat orang yang kita sayang tu bahagia kita sanggup buat apa saja untuk dia walaupun diri kita sendiri yang sakit ? *buat muka hairan* aku fikir2 balik mana boleh macam tu, tu namanya seksa diri.. kenapa kita perlu seksa diri kita untuk orang yang kita sayang tapi dia tak sayang kita pun ? whattttttttttt... kalau orang tu sayang kita , dia akan faham kita ;) seriously *muka bangga taik* -,- haha





tidak akan termampu aku

Kupejamkan mata ini
Mencuba utk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu !
Tentang mimpiku !

Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa

Tuhan tolonglah diriku
Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu

Apakah disana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu

Tak bisa aku ingkari

Engkaulah satu satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi bererti

Namun kini kau menghilang
Bagaikan ditelan bumi
Tak pernah kah kau sedari
Erti cintamu untukku


Thursday, December 20, 2012

terima

Kau yang buat diri ini
Hancur tiada terkira
Kau membuat ku luka

Dirimu yang selama ini
Selalu aku banggakan
Ternyata kau mendua

Dan jika dia lebih dariku
Lebih baik untukmu, ku bisa terima
Tapi bila kau tak temukan bahagia
Kau harus bisa terima..


Wednesday, December 19, 2012

menunggu

aku tak dapat merubah apa-apa
aku hanya dapat bisukan diri
dalam gelap
aku merintih , memohon

tapi..

tetap saja sama
tiada keindahan , tiada harapan

aku manusia biasa
aku tak dapat lakukan apa-apa

hanya satu matlamat , menunggu

aku tak boleh paksa untuk orang sayangkan aku
aku tak boleh paksa diri aku untuk sayangkan orang lain

ini takdir tapi aku masih berharap dan masih menunggu

ini keikhlasan ini kejujuran ini kesetiaan
lagu TERCIPTA UNTUKKU ku mainkan
biar hati ini dapat menilai dan mencari-cari
lagu itu , ya lagu itu

hari mendatang membawa aku ke kenangan lama
yang membawa aku kepedihan
apa boleh aku buat !
itu tempat aku , aku tak boleh lari

aku masih menunggu

cuba aku lupakan semua ni
tapi tetap gagal
malah ia makin mendekat
kenapa hadir perasaan sebegini

Tuesday, December 18, 2012

PEMBOHONG !

Betul lah cakap kawan aku.. aku ni pandai berbohong..
Aku bukan saja berbohong pada kawan-kawan aku..
Mama , ayah..
Malah diri aku sendiri !

Tentang hati dan perasaan..

Kalau ini kebenarannya..
Tapi kenapa aku tidak merasakan benar ?
Kenapa setiap malam perlu ada gesah gelisah
Penantian yang penuh dengan penyeksaan

Berbohong , ya , berbohong..
Itu mungkin jalan penyelesaiaannya.. tapi
Aku sendiri tiada niat..
Ini bukan soal kejujuran tapi ini soal keberanian
Berani merungkap segala yang selama ini tersirat

Tapi aku seorang yang pengecut..
Aku tak berani lakukan apa-apa
Apa yang aku lakukan hanya diam dan terus berbohong tentang hati dan perasaan ini



Saturday, December 8, 2012

dunia ku

Saat ku berada di dunia ku
Sedang fikirkan masa depan
Ketika itu
Tidak akan siapa menganggu ku
Tidak akan boleh

Saat itu
Lagu-lagu yang membawa banyak makna dalam hidup ku
Akan ku alunkan
Dengan alat pendengar yang
Senjaga di kuatkan
Agar dapat melupakan dunia nyata

Saat itu
Aku tidak ingin sesiapa menganggu ku
Akan ku abaikan
Biarlah ia
Aku hanyalah ada aku

Saat lagu-lagu itu dialunkan
Akan aku pejamkan mata
Lalu kenangan-kenangan lama mula bermain difikiran
Hanyalah tangisan dapat meleraikan rindu itu

Ya Tuhan
Hanyalah doa dapat ku berikan
Agar dia milikku
Selamanya
Malah sebaliknya

Friday, December 7, 2012

akan aku ..

jika dengan cara ini boleh membahagiakan orang lain , akan aku buat walau aku sendiri tidak merasakan kebahagiaan itu..

jika dengan melakukan semua ini.. kawan ku , keluargaku , dan orang yang aku sayang gembira.. akan aku laksanakan walaupun aku tak pernah langsung gembira..

jika ini yang membuat mereka semua senyum.. akan aku buat demi lihat mereka senyum walau tiap hari aku menangis..

tiada orang peduli , yang penting mereka bahagia walaupun aku yang SAKIT ! aku tak kisah asalkan dapat melihat mereka tersenyum.. biar.. takpa.. akan aku lakukan demi mereka..

perasaan aku , jiwa aku , hidup aku.. tersiksa sekali pun biarkanlah.. senyuman mereka adalah spirit bagi aku.. akan ku ukirkan senyum untuk mereka walau itu hanyalah palsu semata-mata..


akan aku diam , diam selagi aku hidup.. kerana ini kehidupan aku tiada siapa ada HAK kecuali Tuhan ku ! Allah

hanya kerana itu

"Ku tak Pernah menuruti kemahuanMu , ku selalu menjalani laranganMu , ku tak peduli akan SiksaanMU , ku telah lupa kerana KAMU lah yang memberikan kehidupan , ku tersedar kalau aku ini hanya makhluk yang tak berdaya , berbuat seakan penguasa alam , ku sudah merasakan takut padaMu , ku sudah mulai takut kerana SiksaMU , ku ingin kembali Ke jalanMu , dan memperbaiki Kesalahanku yang dulu PadaMU Ya ALLAH"

biar

biar semua ini berlalu dengan waktu , hanya itu :)

setiap hari berkebun , setiap hari siram pokok bunga . kita jaga pokok tu , tapi akhirnya ?

pokok tu akan mati jugak . jangan berharap bahwa pokok tu akan hidup selama-lamanya .

ia akan mati , mengikut keadaannya . sama ada cepat atau lambat ia akan mati hingga kereputan akarnya .

kita tak akan boleh hidup kan kembali pokok yang sudah mati itu walaupun ada saintis yang ada penawarnya malah ia tidak lah seperti sedia kala yang hasilnya daripada KEASLIAN !

Wednesday, December 5, 2012

cari ketenangan

perasaan yang berbagai-bagai ni.. tak sabar rasanya nak lepaskan stress.. hm.. susah sangat rasanya kalau benda dah jadi macam ni.. aku rasa benda ni susah nak selesaikan sebab tak ada cara langsung nak selesaikan.. betul-betul rasa tersepit.. susah nak lupakan.. makin nak lupakan makin menjadi-jadi..

aku dah cuba tapi tetap saja tak boleh , tah la kenapa... aku tak nak sakitkan hati dia , nampak dia ikhlas dengan aku tapi aku ? aduhh, apa aku dah buat ni.. macam mana aku boleh tersepit dalam situasi ni.. tu lah tak nak fikir dulu sebelum buat keputusan.. yalah ! aku ingatkan dengan apa yang aku buat ni aku dapat lupakan segala-galanya malangnya tak.. aku benar-benar tersepit.. aku tak layak untuk sesiapa.. aku tak tipu.. aku memang tak layak..


cerita aien

once upon a time , not so long ago

a beautiful princess met a handsome prince

he charmed her with his fancy wheels

she impressed him with her knowledge of shoes

; THE END , hahahha XD semua kena tipu


more slander

Sifat tak puas hati atau iri hati selalu ja ada dalam diri kita tapi tak perlu lah nak FITNAH untuk menjatuhkan seseorang tu . if kita rasa geram or tak puas hati dengan someone jumpa la cara baik , tak perlu maki , tak perlu nak tengking . kalau rasa diri tu tak kuat diamkan diri better . tolong la , awak fitnah apa yang awak dapat ? kenapa awak perlu fitnah ? kenapa awak perlu buat orang yang selama ini baik , gaduh ? jangan la macam ni . kesian dekat orang . kita buat dekat orang , orang buat balik dekat kita :)

Monday, December 3, 2012

kan ku kata dengan indah

Ku katakan dengan indah dengan terluka hatiku hampa sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah mengertikannya , yang kurasa cinta
tetapi hatiku selalu menginginkanmu.. terlalu menginginkanmu.. selalu menginginkanmu

kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi.. kau hancurkan hatiku tuk melihatmu.. kau terangi jiwaku.. kau redupkan lagi.. kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

membuatku terjatuh dan terjatuh lagi.. membuatku merasakan yang tak terjadi.. semua yang terbaik dan yang terlewati semua yang terhenti tanpa ku akhiri !


to build a spirit ♥

percayalah . Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya hidup keseorangan . yang patah kan tumbuh , yang hilang kan berganti , yang pergi tak kan kembali . Tuhan dah aturkan everthinggggg , perfect :) setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , setiap manusia akan mati , itu pasti . setiap manusia ada akal dan fikiran untuk berfikir yang terbaik untuk diri kita dan diri orang lain . yang lemah akan diberikan kekuatan :) senyum dan terus senyumkan selagi kita boleh senyum . senyum itu kan sedekah :D

yang jahat boleh jadi baik asalkan dengan niat yang ikhlas . setiap manusia boleh berubah sekelip mata , seriously . hati manusia berbagai-bagai . susah nak tafsir . kan ? kadang-kadang kita pun tak faham dengan perasaan hati kita inikan pulak orang nak faham hati kita :) susah bukan tak boleh langsung .

ini kehidupan . pusing mana pun , sama jugak sebab bumi ni spera :) apa kita buat dekat orang akan jadi dekat kita balik , hukum karma :)

SHAE - Sayang



suka sangat lagu ni ;) terima kasih untuk dia ya ?
saya sayang awak , HOHO *joke ;D
*maluuuu ~ haha

amoi meyh

lumrah

Secantik mana pun kita , sekacak mana pun kita , sebaik mana pun kita..
Kalau orang tak nak dekat kita , kita tak boleh buat apa-apa jugak..
Kita tak ada hak untuk memaksa..
Sebab hati , perasaan tak boleh di paksa..
Kalau di paksa , tak akan bahagia
Kebahagian adalah keinginan setiap manusia
Manusia tak minta di hina , di keji
Malah manusia tak minta untuk hidup merana
Bermain dengan api akan sakit..
Bermain dengan air akan lemas
Itu takdir..
Kita hanya mampu doa.. bahwa dia akan jadi milik kita
Kerana..
Sesungguhnya kita tak mampu lihat dia dengan orang lain..
Duit, kekayaan.. tak boleh beli kebahagiaan..

better jangan

sebelum kepastian , mesti akan ada ketidakpastian , kan ? setiap ketidakpastian tu akan ada kepastian yang nyata.. haha, pening ? aku pun XD

kalau kita tak pasti dengan sesuatu benda tu jangan buat macam kita pasti..
kalau kita tak mampu nak tunaikan janji, jangan berjanji..
kalau hati tu cakap tak, jangan paksa..

ikut kata hati, hati selalu betul sebab hati tahu apa yang kita mahu..
belajar dari kesilapan.. tak susah.. silap tak semestinya silap selamanya

kalau hati tak sayang, better jangan cakap sayang..
kalau hati tu dah mula jatuh hati kepada seseorang better jangan lepaskan dia

jangan fikir benda yang lepas.. fikir benda yang ada dengan kita sekarang ni.. fikir dan terus berfikir..

Saturday, December 1, 2012

lara lagi

Susah kita nak tafsir setiap kejadian.. renung.. fikir.. baru la dapat kan..
Kenapa la hujan pulak.. hm.. macam tahu-tahu ja aku dalam masalah.. baru nak duduk dekat beranda arwah wan aku tapi dah hujan pulak.. macam mana aku nak hitung bintang.. macam mana aku nak cakap dengan bulan.. ruang agkasa atas ni gelaplah.. hujan itu rahmat.. kehidupan ini anugerah.. masalah itu dugaan..

Lepas yang itu.. yang ini pulak..
Inilah kehidupan, penuh dengan dugaan – dugaan yang tak terduga
Aku sendiri pun tak tahu cara nak lari daripada masalah ni
Memang tak boleh lari dah.. terjerat aku seorang diri dekat sini..

Aduh, guruh makin bisingkan diri.. macam marah dekat aku pulak XD
Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita ni tamak.. kan ? haha
Betul la.. tak caya ? try pikir balik apa yang pernah kita buat..
Semua pernah punya lah..
Tamak kita kadang kala tu membuatkan diri kita terperangkap sendiri..
Tanpa kita sedar kita dah lukakan perasaan orang lain.. tolonglah..

Nak salahkan aku ? yalah ! semua salah aku ! puncanya aku ! aku kan ! sebab aku ! so kalau lepas ni apa-apa yang terjadi dekat kawan-kawan aku atau orang sekeliling aku sebab aku tau..

Ingat bolehlah aku mulakan hidup baru lepas aku down gila.. tapi.. ahh.. apa-apa ja lah.. aku pun tak faham apa manusia sekeliling aku mahukan.. sakitkan aku setiap masa.. pijaklah kepala aku.. sepak.. terajang.. sebab aku memang layak macam tu.. ya ?

Tolonglah.. jauhkan diri dari aku..