Click here for Myspace Layouts

Pages

Tuesday, October 30, 2012

sakit hati betul

Girl: Awak merokok..??
Boy: Merokok.. Knape..??
Girl: Sehari brape kotak awak hisap..??
Boy: 3 kotak..
Girl: Harga sekotak brape..??
Boy: RM12...
Girl: Brape tahun da awak hisap rokok..??
Boy: 15
Girl: Cube awak kira.. Sehari 3 kotak da RM36.. sebulan jadi RM1080... setahun da RM12,960.. kena 15 tahun da boleh kua Ferrari sebijik....!!
Boy: Hmm.. Awak hisap rokok..??
Girl: Tak..
Boy: Tunjukkan kat saye.. Mane Ferrari awak..!!?

-..-"

aku yang salah ?

Hati kecil ku menjerit
Memberitahu bahwa
Diriku ini terlalu kejam

Sanggup aku melihat kaum ku sendiri menderita
Sedangkan itu semua salah ku
Tapi itulah cinta

Ya Tuhan , ampunkanku
Ku yang bersalah namun
Aku tak mampu lepaskan si dia
Jantung hatiku

Aku buntu
Memang tak kan mudah utk aku
Namun dia lebih tersiksa hingga dia menarik diri
Apa boleh buat ?
Ku bersalah , ku tahu
Apa yang boleh aku buat ?

; teruskan lakonan ku , senyum J


Monday, October 29, 2012

deadlocked

banyak yang bermain di fikiran ku tapi tidak dapat ku ungkap satu persatu , hanya kesesalan , kemarahan pada diri sendiri . tidak dapat ku ungkapkan perasaan bersalah ku pada dia . Tuhan kuatkan hamba-Mu ini .. bagaimana caranya untuk ku ungkapkan rasa bersalah ku padanya namun tidak mampu ku melepaskan jantung hatiku . tak sanggup ku korbankan jiwa raga ku . itu nyawa ku *tiada noktah atau titik penghujungnya ~

cerita budak-budak

ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai
satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi tu
"Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya"
"siapa pula kamu?"
jawap titis air mata kedua itu
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja"


kawan tapi lawan


aku memang akan simpan masalah aku so aku akan menjadi seorang yang pendiam untuk buat semua orang berhenti bercakap tentang aku :) biar aku teruk di mata orang lain tapi tak di hadapan ibu dan ayah aku dan dia :) orang yang sayang aku boleh terima aku seadanya

; orang yang sayang kita tak akan kutuk kita dari belakang , WALAUPUN KAWAN KITA SENDIRI


bukan niatku tapi itulah hakikatnya

hanya Tuhan yang tahu apa yang ku rasakan sekarang :') bukan niatku tapi itulah hakikatnya , maafkan diri ini  . Dalam hidup ,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan . Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan , akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia . bukan niatku tapi itulah hakikatnya , tolongg lah maafkan diri ini ..


for a while ~

Saat kita mengutuk orang akan ada orang lain yang akan mengutuk kita :)


; hentikanlah perbuatan anda terhadap saya kalau anda rasa saya ini adalah kawan anda , tolonglah jangan hipokrit :')


Thursday, October 25, 2012

miliki hati mu

aku izinkan hati ini di lukai
aku izinkan hati ini di selubungi perasaan cemburu
aku izinkan hati ini menagih kasih daripada mu
aku izinkan hati ini menderita merindui mu

selagi rasa sayang dan cinta hidup di hati ku
selagi itu aku akan terus memahat nama mu di hati ku

walaupun aku menagih kasih mu
izinkan aku terus mencintai mu
andai diri mu tahu perasaan sayang itu ada dalam diri ku
datang , jemput dan pimpinlah tangan ku
menuju dan mencari kebahagiaan bersama

andai diri mu sedar perasaan cemburu menguasai diri ku
akan ku diam kan diri biar diri mu mengetahuinya sendiri
akan ku tunggu mu hingga hujung nyawa ku
sempat atau tidak diri mu ketahui
bahawa diri ku mencintaimu sepenuh hati ku

biarkan
biarkan dunia ini melalaikan kata hati ku itu
tapi
di syurga kelak akan terburai jua kata hati ku itu
AKU AMAT MENCINTAIMU
hingga akhir nafas ku , kan ku tunggu mu sayang :)

Wednesday, October 24, 2012

cukup lama

Perasaan cinta itu dimulai dari mata , sedangkan rasa suka dimulai dari telinga . jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang itu , cukup dengan menutup telinga . tapi apabila kamu cuba menutup mata mu daripada orang yang kamu cintai , cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Monday, October 22, 2012

laman web XD


siapa pernah dengar ni ?

Dengar sini , jangan bagitau isteri , girlfriend , adik , kakak , ibu mertua tentang laman web zalora.com.my . Tau tak , portal online shopping untuk baju dan kasut yg besar gila tu ? Kasut , baju , beg . Beratus jenama , beribu gaya . Dan yg paling gila lagi , penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma ! Ting-Tong - Aaaaaaaaaaaaaa. Aaaaaaaaaaa. Aaaaooooooo

; tipu lah tak pernah dengar ;D

possible or impossible

apa yang tak mustahil dalam dunia ni ? kita kena harungi nya dengan perlahan-lahan dan cermat agar semuanya selamat dan tiada yang musnah :')

Sunday, October 21, 2012

saya pintar lah

Saya tak pintar dalam [ENGLISH] tapi saya boleh menyebut [I LOVE YOU]. Saya tak pintar dalam [GEOGRAFI] tapi saya tahu kamu ada di [HATI] saya. Saya tak pintar dalam [SEJARAH] tapi saya [INGAT PERTAMA KALI] saya kenal awak. Saya tak pandai dalam [KIMIA] tapi saya boleh tahu [TINDAK BALAS] saya bila kamu senyum. Saya [TIDAK HEBAT] dalam semua subjek tapi saya boleh bagitahu kamu yang saya hebat dalam semua [SUBJEK] jika TOPIKnya adalah KAMU. ♥

happiness

Semua orang kalau dah bercinta mereka pasti perlukan kebahagiaan . Dan bukannya kekecewaan yang mereka diharapkan .

Saturday, October 20, 2012

tak selalu



kadang kala kita memilih keputusan untuk tinggalkan seseorang , bukan kerana kita sudah berhenti mencintai dia , tapi kerana kita tak lagi rasa di hargai :)

Thursday, October 18, 2012

bungaa itu ?

ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi , begitulah jiwa murni seseorang manusia :')


segalanya bakal menghantui aku

; Di saat aku menulis ini percayalah airmata yang keluar ini bagaikan hilang nya kepercayaan ku pada mu :’)


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan semua cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawa mu L
Untuk hapuskan rasa sepi di hatiku

Tak pernahkah kau sedari AKU LAH yang kau SAKITI !
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan , tolonglah aku hapuskan rasa cintaku pada nya
Aku ingin hidup bahagia walau tak bersama dia

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita :’)
Memang tak kan mudah bagi ku untuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk “dia” ~

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak di temani malam

Teringat janji lama mu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sisi
Temani ku di sepanjang hari ku

Inilah akhir cintaku , inilah akhir kisah ku J
Setelah kau jauh tinggalkan ku
Tak bisa aku melupakan mu
Tak bisa aku tanpa mu , tak pernah ku rela kau tinggalkan aku

Ku tak percaya kau membahagi cinta L
Tahukah engkau betapa sakitnya kau membahagi cinta kerna “dia”

Tak pernah ku cuba melupakanmu
Mengapa kau buat hati ku luka ?
Sekian lama aku menunggu
Kasih ? di mana hati mu ?

Ku berserah kepada Ilahi
Ku terima dengan dengan rela hati
Ku berdoa agar kau bahagia
Aku redha tanpa rasa hiba
Meneruskan hidup , jalan nan berliku

Kini segalanya telah berakhir ~
Aku berharap agar kau terima dengan ikhlas hati
Agar kau dapat maafkan diriku
Aku ucapkan SELAMAT TINGGAL oh kasih J


; 11.47pm – Wednesday – 17/10/2012 J

Friday, October 12, 2012

cinta itu indah

Nabi suka main lari-lari dgn isterinya. Kemudian sengaja mengaku kalah, semata-mata nak melihat isterinya tersenyum  . indah kan ? :))

Tuesday, October 9, 2012

kau tercipta untuk aku :)

menatap indahnya senyuman di wajahmu , membuat ku terdiam dan terpaku , mengerti akan hadirnya cinta terindah , saat kau peluk mesra tubuhku . banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu . aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku , di setiap langkah yang menyakini ku , kau TERCIPTA UNTUKKU sepanjang hidupku . meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku , ku ingin kau tahu , ku selalu milikmu yang mencintaimu sepanjang hidupku


Monday, October 8, 2012

cara menjawab telefon paling menyakitkan hati si pemanggil

amoi meyh

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 9898607?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.

Mesti kamu tidak sedarkan nombor 6 hilang.....XD

Saturday, October 6, 2012

satu semangat baru

disaat kita jatuh , Insyallah ada orang yang akan datang membantu dan tiupkan semangat baru untuk kita supaya kita terus bangkit dan terus maju kehadapan . fikir dan terus berfikir untuk mencapai kejayaan yang bakal datang bergolek , kelak Insyallah . segalanya di datangkan dengan usaha , doa dan satu yang penting restu , restu daripada ibu dan ayah :))

jangan pernah kita fikir kebelakang kerana masa silam adalah sesuatu yang akan membutakan hati . ia akan melemahkan kita ia jugak akan menjatuhkan kita di saat kita melebarkan sayap untuk terbang mencari haluan . di saat itu kita bangkit semula dan lupakan hal sedemikian yang akan merosakkan akal dan fikiran kita . jadikan ia sebagai sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan dan balik ke masa silam itu .. fikirlah bahawa perkara itu menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi dugaan ;) take care our self take a breath ~

pejamkan mata mu sayang , fikir dan fikir kehadapan . hargai apa yang kita ada lupakan perkara yang lalu kerana ia akan menyakitkan kita . percaya pada diri , KAU BOLEH ! buang yang keruh , ambil yang jernih .


sayang

sayang , kau selalu buat aku jatuh . jatuh cinta pada kau , sayang . sayang tahukah kau ? aku amat mencintaimu sebagai mana aku tidak mampu untuk ungkapnya hanya kerana satuu , satu .. aku terlalu mencintaimu ;)

Thursday, October 4, 2012

suami dan isteri ?

suami lapar - isteri pergi dapur - potong bawang - menitis air mata - suami peluk dari belakang , lap air mata - "pedih ke sayang ? meh saya tolong"

; sweet kann :)

dia jantung hatiku

sekiranya ku bisa beritahu yang dia milik ku
pasti sudah lama akan ku beritahu ke seluruh dunia
bahawa dia lah kekasihku
dia lah milik ku , milik ku selamanya

keadaan yang tidak mengizinkan
terpaksa lah aku membatalkan niat itu
bukan kehendak ku

lebih baik jangan bercinta
andai hanya kita berdua
yang mengetahuinya

tiada siapa berhak untuk jugde aku
hanya kerana itu !
bicara lah selagi kau boleh biacara