Click here for Myspace Layouts

Pages

Monday, August 6, 2012

rose :D

entah kenapa aku suka bunga mawar . bagi aku la kan bunga mawar tuu ibarat kita sebab setiap manusia akan pergi untuk selama-lamanya , macam bunga mawar juga lahh . sampai masanya dia akan layu dan gugur sehelai demi sehelai kelopaknya . aku suka bunga mawar sebab dia cantik , wangi . kalau aku jumpa bunga mawar , aku akan petik dan aku akan hidu sampai dia layu . tanpa kita sedar bunga mawar tu adalah bunga yang segar bila kita pegang kelopak dia , kita akan rasa sejuk dan segar dari bunga tuu . try buat XD serius tak tipu . selalunya kalau damask rose tu bau wangi paling kuat . dalam kebudayaan melayu bunga mawar melambangkan cinta :) nak tahu tak apa maksud tersirat kepada warna-2 bunga mawar ?


merah - cinta yg tulus ikhlas , keghairahan dan keberanian . selalunya kita hantar bunga mawar merah ni utk menyatakan cinta kita kepada seseorang


pink - kegembiraan , kesyukuran bunga yang memaparkan kegembiraan . selalunya kalau pink gelap kita hantar utk penghargaan atau terima kasih kalau pink cerah utk rasa kagum kita terhadap dia dan rasa simpati kita terhadap dia


kuning - persahabatan , kegembiraan , kelegaan atau kebebasan . selalunya kita hantar bunga mawar ni sebab utk ceriakan hari seseorg . utk ucapkan tahniah kepada rakan atau kekasih di hari yang mengembirakan


putih - kesucian , bunga mawar pengakuan , the bridal rose . biasanya kita guna utk mengubah bunga pengantin tradisional utk memaparkan kegembiraan cinta . kita boleh juga hantarkan pesanan "you are heavenly , i miss you"


lavender - cinta pandang pertama dan pesona . selalunya kita hantar bunga mawar ni utk org yg istimewa dengan mesej "cinta pandang pertama"


hitam - bermulalah sesuatu yg baru , kelahiran dan kematian . selalunya kita salah anggap terhadap definisi tentang mawar hitam . ia mungkin di hantar utk mengucapkan selamat tinggal dan kematian . ia juga boleh dianggap sebagai permulaan sesuatu yang baru .



oren - keghairahan dan keinginan yang tulus murni . selalunya kita hantar bunga mawar ni sebab mengharapkan hubungan itu pergi lebih jauh lagi .

dan di bawah ni , makna berdasarkan bilangan bunga mawar

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila


; so bolehlah kita bagi bunga mawar kepada si dia , biar dia sendiri yang cari apa maksud yg tersembunyi dalam bilangan dan warna yang kita bagi dekat si dia . aku pernah dapat bunga mawar pink daripada kawan aku ^^ ada 3 kuntum . haha

No comments:

Post a Comment