Click here for Myspace Layouts

Pages

Tuesday, August 28, 2012

princess

hi ? dulu aku teringin sangat nak dress macam princess , HAHA . teringin sangat nk pakai baju macam yang sebelah ni . heww . actually sekarang pun teringin juga . HAHA . cantik kann ? nanak jadi patung barbie XD nanak jadi princess . agak-2 boleh tak ? haha , dalam mimpi ja la kan ? erm , takpa janji ada impian ^^

Thursday, August 16, 2012

sahabat




kau ada dikala ku suka
dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku bila aku jatuh

kaulah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah manis pahit
hidupku

kau lah yang di situ
setia menunggu ku
kau lah yang satu
menjadi sahabat ku

kau ada dikala aku jatuh
disetiap bangun ku
terus menemaniku 
tanpa rasa jemu

kau ada di setiap tawa
di kala bahagia
kau menjadi sahabatku
selamanya

sahabatku
tetap bersama mu jika kau perlukan ku
dan ku tak kaku tak kekok
kalau sampai buntu kita belok
berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
kau , kau jangan , kau melampau
dan kalau siapa mengusik
tolong bagitau aku tapau

ku tahu ku kan selalu ada
pada diri mu
dan ku harap kau juga rasa begitu
kau lah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis
hidup ku

Sunday, August 12, 2012

penantian yang tertunda

aku tak mampu untuk membohongi diriku bahawa aku mencintainya
adakah ini semua takdir ? adakah apa yang aku takutkan selama ini sedang berlaku ?
adakah aku sedang kehilangan orang yang aku mulai sayang ? aku tak mampu menyatakan perasaan aku sendiri kerana baru ku sedar bahawa aku MENCINTAI DIA ! aku bodoh kerna aku tak tahu dari awai lagi . bermula lah hari itu hati merasakan sesuatu di saat kau datang memberi kebahagiaan terhadap ku . Ya Tuhan , bantulah aku mengecapi segala apa yang bermain di fikiran ku ? sukakah dia pada diriku ? atau hanya aku kah yang bertepuk sebelah tangan ? walau hati ku menjerit , kau tidak akan pernah menjadi milikku kerna segala-galanya apa yang sedang berlaku hanyalah hayalan semata-mata mengkaburi hati serta mataku . mungkinkah ia akan berakhir sampai disini sahaja ? aku amat menyayangi mu sanggupkah kau meninggalkan aku . aku hanya mampu berdoa .

buat kali terakhir 


; yang menyayangi mu , amoi :'|

the reason


nampak tak ? kalau tak nampak click dekat gambar :)

bunga yang layu akhirnya

hi awak ? saya tahu awak akan baca ni :') so saya tada pilihan lain untuk nyatakan perasaan saya dekat awak , saya sayang awak , awak tahu tak ? sekarang awak tahu dah kan ? hew . saya sayangkan awak sangat-sangat cuma saya tak mampu nak cakap dekat awak sebab saya takut saya akan sakitkan hati awak nanti . sumpah saya sayang awak , tapi saya taknak sakitkan hati orang yang sayang . saya tak mampu :)) saya harap awak faham . kalau lepas ni awak taknak msj saya dah pun saya tak kesah sebab saya tada hak nak halang awak :) awak pun bukan milik saya , awak pun dah berpunya :') kalau lah ini kali terakhir buat "kita" saya nak ucapkan selamat tinggal jaga diri k :') saya ada satu lagu untuk awak :))



-->
hanya dirimu yang ku cinta
tak akan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasakan kau yang terbaik buat diriku

walau ku tahu kau tak sempurna
tak akan membuat ku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

tuhan jagakan dia
dia kekasihku kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

tuhan jagakan dia - motif band


Saturday, August 11, 2012

sejarah berulang

sakit , sakit adalah hari yang paling manusia benci :)) bila sakit semua pekerjaan terbatas . aku cuba sembunyikan rasa sakit aku tapi malangnya mama ayah aku dapat tahu . sakit , rasa sakit yang dulu pernah aku alami , adakah rasa rindu sakit tu datang balik pada aku ? Ya Allah , kuatkan lah semangat aku untuk terus hidup , berilah kesempatan utk mengharungi kehidupan ini lagi , tidak sanggop lagi aku melihat airmata seorang ibu dan ayah . jangan biarkan ia berulang , aku mohon . berilah aku kekuatan untuk meraikan hari yang mulia bersama-sama orang yang aku sayang :') akan aku perjuangkan demi orang-orang yang aku sayang . biarlah sakit mana pun aku akan bertahan untuk melihat orang-orang yang aku sayang :'))

Friday, August 10, 2012

love you


when i really care about you , their mistake never change our feeling because it is the mind get angry but the heart still care about you ♥~

Thursday, August 9, 2012

hanya biarkan ia BERLALU

ok time dekat sekolah tadi aku sakit tekak , pedih gila dah la puasa kan . haha . dugaan . sabar jala . lepas tu aku mlas la nk ckapp sbb sakit tekak kawan aku semua cakap aku tada mood . haha . aku happy go lucky laa ~ heww . kadang-2 jaa lemah sikit ^^ then time "tadak mood" tu hee aku telah berjaya hasilkan madah . HAHA .

KHAMIS / 9.8.2012 / 11.27A.M

saban hari hati ku rasa tak menentu
rasa hadirnya satu perasaan
perasaan yang gelora menutupi
segala prasarana dalam jiwa

adakah itu tandanya bahawa aku suka pada nya ?
bagaikan bunga mawar yang giat mekar
akhirnya akan layu
jika itu yang akan terjadi kepada cinta kita kelak
akan aku hanya biarkan ia berlalu

adakah hatinya sama seperti hati ku
adakah hadir satu perasaan dalam diri nya ?
adakah dia merasakan apa yang ku rasakan
rasa cinta , rindu , sayang

aku tidak akan berharap sepenuh hati ku
jika ku hanya bertepuk sebelah tangan
akan ku redha
tiada hak untuk ku memaksa

sesungguhnya aku tidak mampu
bicara kata cinta ku untuk mu
tak mampu aku untuk berpisah dengan mu
jadi biarlah ia terkubur dalam jiwa

HANYA BIARKAN IA BERLALU 

Wednesday, August 8, 2012

maher firas


that my son ! haha . no no no , actually ni anak jiran sebelah , adik kepada kawan aku . haha . aku sayang dia macam aku sayang anak sendiri . dia suka panggil aku niahh , niahh . hahaha . dia comel lar , geram aku dengan dia nih . nama dia maher firas . dia suka menjerit . aku sayang dia , muah muahh :*

Tuesday, August 7, 2012

as long as you love me ?

apabila aku mendengar suaranya
hati ku menjadi sayu
tanpa aku sedari
air mata ku mengalir lagi

kenapa aku begitu lemah di hadapan nya
adakah itu tandanya rindu
adakah tandanya aku akan meninggalkannya ?
adakah tanda aku terlampau sayangkan hampa Allah itu

apakah dia merasakan apa yg aku rasa
adakah dia menyayangi aku
adakah dia merindui aku
adakah dia merasakan apa yg aku rsa skrang

tatkala aku memikirkan antara aku dengan dia
hati ku berasa amarah 
dalam masa yang sama aku mengasihinya
hati ku berbelah bahagi

aku mohon
hubungan aku dan dia akan berkekalan
dengan halal :')

kembali bangkit

PUTUS CINTA ? memang sakit dan menyedihkan . tapi kita tidak seharusnya membiarkan perasaan sakit itu mengatasi corak pemikiran kita untuk melakukan hal-hal yg boleh merosakkan diri sendiri . mengapa ia terjadi ? pastilah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku . kita sebagai hamba-Nya haruslah bersabar , berdoa , bertawakal dan berusaha untung bangkit balik daripada rasa kecewa :) sentiasalah memberi kata-kata semangat dan berfikiran positif . sebelum kita berjumpa dengan cinta sejati , sudah pasti kita akan bertemu dengan cinta mainan hati dan perasaan dulu . buat apa kita menagih simpati pada orang yang sudah jemu bersama kita . ada eloknya bukakan pintu hati kita untuk org yg betul-betul ikhlas menerima cinta kita . setiap apa yg berlalu memberi kita pengalaman . pengalaman inilah dapat mematangkan kita dan menguatkan semangat utk bangkit balik daripada rasa kecewa dan sakit hati :))

Monday, August 6, 2012

hi , please love me back ?


hi ? time ni birthday aku yang ke-16 tahun . dahh 16 tahun kottt . haha . 
12.3.2012

rose :D

entah kenapa aku suka bunga mawar . bagi aku la kan bunga mawar tuu ibarat kita sebab setiap manusia akan pergi untuk selama-lamanya , macam bunga mawar juga lahh . sampai masanya dia akan layu dan gugur sehelai demi sehelai kelopaknya . aku suka bunga mawar sebab dia cantik , wangi . kalau aku jumpa bunga mawar , aku akan petik dan aku akan hidu sampai dia layu . tanpa kita sedar bunga mawar tu adalah bunga yang segar bila kita pegang kelopak dia , kita akan rasa sejuk dan segar dari bunga tuu . try buat XD serius tak tipu . selalunya kalau damask rose tu bau wangi paling kuat . dalam kebudayaan melayu bunga mawar melambangkan cinta :) nak tahu tak apa maksud tersirat kepada warna-2 bunga mawar ?


merah - cinta yg tulus ikhlas , keghairahan dan keberanian . selalunya kita hantar bunga mawar merah ni utk menyatakan cinta kita kepada seseorang


pink - kegembiraan , kesyukuran bunga yang memaparkan kegembiraan . selalunya kalau pink gelap kita hantar utk penghargaan atau terima kasih kalau pink cerah utk rasa kagum kita terhadap dia dan rasa simpati kita terhadap dia


kuning - persahabatan , kegembiraan , kelegaan atau kebebasan . selalunya kita hantar bunga mawar ni sebab utk ceriakan hari seseorg . utk ucapkan tahniah kepada rakan atau kekasih di hari yang mengembirakan


putih - kesucian , bunga mawar pengakuan , the bridal rose . biasanya kita guna utk mengubah bunga pengantin tradisional utk memaparkan kegembiraan cinta . kita boleh juga hantarkan pesanan "you are heavenly , i miss you"


lavender - cinta pandang pertama dan pesona . selalunya kita hantar bunga mawar ni utk org yg istimewa dengan mesej "cinta pandang pertama"


hitam - bermulalah sesuatu yg baru , kelahiran dan kematian . selalunya kita salah anggap terhadap definisi tentang mawar hitam . ia mungkin di hantar utk mengucapkan selamat tinggal dan kematian . ia juga boleh dianggap sebagai permulaan sesuatu yang baru .



oren - keghairahan dan keinginan yang tulus murni . selalunya kita hantar bunga mawar ni sebab mengharapkan hubungan itu pergi lebih jauh lagi .

dan di bawah ni , makna berdasarkan bilangan bunga mawar

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila


; so bolehlah kita bagi bunga mawar kepada si dia , biar dia sendiri yang cari apa maksud yg tersembunyi dalam bilangan dan warna yang kita bagi dekat si dia . aku pernah dapat bunga mawar pink daripada kawan aku ^^ ada 3 kuntum . haha

Friday, August 3, 2012

benda yang ainiah suka

apa yang aku suka dalam dunia ni ?

* warna pink
* binatang berbulu kecuali tikus yg menakutkan
* kereta volkswagen (warna pink)
* cakap banyak
* senyum sorang-2
* telefon aku
* jam aku
* bantal aku
* bilik aku
* dengar lagu
* last sekali ialah orang-2 yang sayang dekat aku ^^

Thursday, August 2, 2012

non title

aku tak boleh lemah hanya kerana benda kecil , semua yang berlaku mesti ada sebab . Ya Tuhan , kuatkan lah diri hamba , jangan Kau pesongkan hati hamba , Ya Allah . tunjukkan lah jalan yang terbaik buat diriku . Amin