Click here for Myspace Layouts

Pages

Saturday, November 20, 2010

Bagaimana cicak melekat pada dinding?


Kemampuan cicak melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong faktor geometri.Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau siling bangunan.Ia disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan diantara molekul-molekul.Di bahagian tapak kaki cicak terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia.Setiap bulu pula terbahagi kepada 1000 bahagian kecil dimana ia hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron.Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menetukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siling.Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkam kakinya pada dinding.

No comments:

Post a Comment