Click here for Myspace Layouts

Pages

Monday, December 20, 2010

tip menawan hati wanita

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Saturday, December 4, 2010

Cara paling gempak nak elak kereta dicuri

Inilah cara yang paling gempak untuk menggelakkan kereta
dicuri....




haahhaha

mengong2

Atok 72 kurung isteri direban ayam kerana curang

Mendapatkan khabar bahawa isterinya curang, seorang laki-laki berasal dari Romania telah nekad memasukkan isterinya kedalam reban ayam dan menguncinya hampir seminggu.Wanita berumur 70 tahun dari desa Cotu Vames di wilayah Suceava itu berhasil dikeluarkan setelah beberapa jirannya menelefon pihak polis.Mereka mengatakan sering dikejutka dengan suara-suara aneh dari reban ayam itu dan boleh dikatakan setiap malam orang-orang disekitar rumah tersebut mendengar suara-suara aneh dan teriakan.Suami yang berusia 72 tahun ini akan dikenakan hukuman penjara kerana melakukan kekerasan dalam rumah tangga.Dia mengatakan: "Saya tahu dia curang dari saya dan saya memang sengaja menguncinya di dalam reban ayam tersebut supaya dia sedar dan tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu lagi." (anov/pit)bk-nasib baik atok-atok kat Malaysia tak buat lagu ni....

Wednesday, December 1, 2010

if you love


At the bottom of my heart is you as the queen of all my soul Only you All I wanted was my heart is with you then believe we are not mutually Worry worry worry worryIf you do not ever mess If unfortunately do not have to upset if not sincerely ask the unrequited love of Hand who have love at the bottom of my heart All I need is you All of my soul Only you All I wantYou're my soul I need you I miss you my love You're a queen You're the queen of my love for you I miss you You're my soul.........

Kalau Cinta -- Aliff Aziz & Joanna with lyric

Tuesday, November 30, 2010

Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna lirik


Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu


Verse
Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Chorus
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Ulang Verse
Ulang Chorus

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Ulang Chorus 3X
Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu lirik

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

luahan hati seorang wanita apabila sering dipermainkan

jangan kau mainn kan perasaan wanita yg betul-betul MENYANYANGI mu . INSYAALLAH !! Allah akan membalas nya dengan setimpal apa yg kau lakukan , sayang mereka dengan seikhlas hati anda .  jangan kau luka hati seorang wanita kerana hati wanita bagai kaca , mudah pecah dan berkecai !!

Saturday, November 20, 2010

arab rempit

video

Bagaimana cicak melekat pada dinding?


Kemampuan cicak melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong faktor geometri.Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau siling bangunan.Ia disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan diantara molekul-molekul.Di bahagian tapak kaki cicak terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia.Setiap bulu pula terbahagi kepada 1000 bahagian kecil dimana ia hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron.Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menetukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siling.Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkam kakinya pada dinding.

Jambatan Gantung Paling Merbahaya Di Dunia


Jambatan gantung bagi di kebanyakkan negara seperti di Malaysia ,New Zealand.Filipina,Nepal dan Pakistan adalah perkara biasa.Tetapi bukan jambatan gantung yang ini , The Husaini-Bridge Lake di utara Pakistan merupakn jambatan gantung yang paling merbahaya di dunia kerana terlalu lama ,sempit ,tinggi serta banyak kayunya yang hilang atau tertanggal.Inilah satu-satunya cara untuk penduduk untuk kebandar-bandar di Pakistan utara.


Friday, October 8, 2010

cintaku dipermainkan - apit

video

buah tembikai berbentuk hati


Idea yang datang dari Negara Jepun. Mereka memang tidak pernah berhenti menciptakan penemuan-penemuan baru seperti yang dilakukan oleh sepasang suami-isteri di Kumamoto, Jepun. Pasangan petani ini berhasil membuat buah tembikai berbentuk hati.Petani tersebut melakukan berbagai cara dan percubaan untuk menyempurnakan tembikai agar berbentuk hati. Bahkan memerlukan waktu selama 3 tahun agar mereka berhasil membentuk tembikai tersebut. Kenapa mereka ingin membuat semangka berbentuk hati? Kerana bentuk hati merupakan ungkapan kasih sayang dan bentuk tembikai ini diharapkan dapat menjadi hadiah istimewa untuk orang yang disayangi.Pasangan petani ini tiap tahunnya hanya dapat menghasilkan 20 biji tembikai yang berbentuk hati. Biasanya mereka menanamnya sebelum hari Ibu tiba dan memasarkannya ke beberapa buah pasar raya. Harga untuk memperolehi buah tembikai berbentuk hati ini iaitu 15,750 yen atau $160. Harga yang berpatutan untuk mengungkapkan rasa cinta yang sempurna.

Monday, July 19, 2010

goodbye baby - hey miss chenta

GOODBYE BABY-HEY MISS CHENTA

Disaat ini terkenang dirimu
teringat kembali saat kita bertemu
sinar wajah yang sering dirindu
di dalam tidur termimpi selalu

Tika berjauhan hati tetap satu
kepada dirimu kuingati selalu
kenangan indah bermain dikalbu
ingin ku kembali seperti dahulu

c/o
Goodbye baby it my last words for you
apa yang berlaku kau dan aku pun tahu
dugaan ini tabah hadapi biar berlalu pergi
i said im sorry forgive me am trying
kuharap dikau pun bisa begitu
usah kesali pemergianku cinta dihatimu...

lagu/lirik: Awan, Hey Miss Chenta